Manual Pengguna

Panduan lengkap untuk menggunakan Sistem Pengambilan KPF Niaga

Pengenalan

Selamat datang ke Sistem Pengambilan KPF Niaga Sdn Bhd. Sistem ini membolehkan anda untuk:

  • Mendaftar akaun secara dalam talian
  • Memohon jawatan yang sesuai
  • Menjejaki status permohonan
  • Menerima panggilan temuduga
  • Semak keputusan temuduga
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Muat turun dokumen
  • Hubungi sokongan teknikal

Keperluan Sistem

Pelayar Web

Chrome 70+, Firefox 65+, Safari 12+, Edge 80+

Sambungan Internet

Sambungan internet yang stabil

Alamat E-mel

Gmail, Yahoo, Hotmail atau YMail

Dokumen Digital

Format JPG, PNG, PDF (Max 300KB)

Mula Pantas

Tip:

Sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum memulakan permohonan untuk proses yang lebih lancar.

1
Daftar Akaun

Klik "Pendaftaran Baharu" di laman utama dan lengkapkan maklumat asas.

2
Aktifkan Akaun

Semak e-mel dan klik pautan pengaktifan. Set kata laluan anda.

3
Lengkap Maklumat

Log masuk dan lengkapkan profil, akademik, dan maklumat lain.

4
Pilih Jawatan

Pilih maksimum 3 jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.

5
Hantar Permohonan

Buat perakuan dan hantar permohonan anda.

Panduan Pendaftaran

Langkah 1: Pendaftaran Awal

Masukkan maklumat berikut:

  • No. Kad Pengenalan: 12 digit tanpa tanda '-'
  • Nama Penuh: Seperti di kad pengenalan
  • E-mel: Alamat e-mel yang sah (Gmail/Yahoo/Hotmail/YMail)
  • Captcha: Masukkan kod keselamatan
Langkah 2: Pengaktifan Akaun

Setelah mendaftar:

  1. Semak e-mel anda (termasuk folder Spam)
  2. Klik pautan pengaktifan dalam e-mel
  3. Set kata laluan (minimum 8 aksara)
  4. Akaun anda kini aktif
Penting: Pautan pengaktifan hanya sah selama 3 hari dari tarikh pendaftaran.

Proses Permohonan

Bahagian Yang Perlu Dilengkapkan:
Maklumat Pemohon
  • Maklumat peribadi
  • Alamat surat menyurat
  • Maklumat tambahan
  • Upload gambar passport
Maklumat Akademik
  • SPM/SPM(V)/SVM
  • Pengajian tinggi
  • Sijil profesional
  • Upload sijil dan transkrip
Maklumat Bukan Akademik
  • Sukan dan persatuan
  • Pencapaian khas
  • Kemahiran bahasa
  • Bekas tentera/polis (jika berkenaan)
Pemilihan Jawatan
  • Lihat jawatan yang layak
  • Pilih maksimum 3 jawatan
  • Susun mengikut keutamaan
  • Pilih lokasi temuduga

Proses Temuduga

Panggilan Temuduga

Jika anda dipanggil untuk temuduga:

  • Anda akan menerima notifikasi melalui sistem
  • Semak tarikh, masa, dan tempat temuduga
  • Muat turun slip panggilan temuduga
  • Hadir 30 minit lebih awal
Apa Yang Perlu Dibawa
Dokumen Asal:
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil SPM
  • Sijil pengajian tinggi
  • Transkrip akademik
Dokumen Tambahan:
  • Salinan semua dokumen
  • Slip panggilan temuduga
  • Sijil kursus/latihan
  • Surat pengesahan kerja
  • Gambar passport tambahan

Keperluan Dokumen

Jenis Dokumen Format Saiz Maksimum Wajib
Gambar Passport JPG, PNG, GIF 300KB
Sijil SPM JPG, PNG, PDF 300KB
Sijil Pengajian Tinggi JPG, PNG, PDF 300KB
Transkrip PDF 300KB
Sijil Bahasa Inggeris JPG, PNG, PDF 300KB
Sijil Profesional JPG, PNG, PDF 300KB

Soalan Lazim

Tempoh permohonan berbeza mengikut jawatan. Sila rujuk pengumuman di laman utama untuk maklumat terkini.

Tidak. Setelah permohonan dihantar, anda tidak boleh mengeditnya. Pastikan semua maklumat tepat sebelum menghantar.

Log masuk ke dashboard anda atau gunakan fungsi "Semakan Panggilan Temuduga" dan "Semakan Keputusan" di laman utama.

Klik "Lupa Kata Laluan" di halaman log masuk. Masukkan IC dan e-mel, kemudian ikut arahan dalam e-mel yang dihantar.

Tidak. Sistem hanya membenarkan maksimum 3 jawatan untuk setiap pemohon. Pilih jawatan yang paling sesuai dengan kelayakan anda.

Sokongan Teknikal

Jika anda menghadapi masalah atau mempunyai pertanyaan, hubungi kami:

Telefon

03-2610 2610 (9 AM - 5 PM)

E-mel

recruit@kpfniaga.com.my